NADI – KEMPEN INTERNET SELAMAT: Lindungi Data Peribadi Anda
16 Mei 2026 | Aktiviti Terkini16 Mei 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI – KEMPEN INTERNET SELAMAT: Lindungi Data Peribadi Anda. Seramai 4 orang peserta Sekolah Rendah terlibat dalam kelas ini. Kelas ini berlangsung selama 20 minit.
Pelajar perlu melindungi data peribadi seperti nama penuh, alamat, nombor telefon, kata laluan, dan maklumat sekolah daripada dikongsi secara terbuka, terutama di media sosial. Gunakan kata laluan yang kuat dan jangan berkongsi dengan rakan. Elakkan klik pautan mencurigakan, tidak kenali, atau mesej scam. Sentiasa semak tetapan privasi akaun dan hanya terima permintaan daripada orang yang dikenali. Jika berlaku perkara mencurigakan, segera maklumkan kepada ibu bapa atau guru. Dengan amalan ini, pelajar dapat mengurangkan risiko penipuan, buli siber, dan kecurian identiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: